Kenali : Istilah Foto|Grafik Perkahwinan
-------------------------------------------- |
|
Suatu ketika dahulu foto-foto kahwin dirakamkan secara tidak natural, di mana setiap shots disusunaturkan terlebih dahulu. Foto yang terhasil daripada style begini tidak dapat merakam keseluruhan suasana majlis. Walau bagaimanapun, ini bukan bermaksud style begini tidak menghasilkan foto yang cantik dan menarik, cuma ianya kekurangan dari segi penceritaan.
Kekurangan ini di atasi dengan hadirnya style fotografi yang dikenali sebagai fotojurnalism (photojournalism). Dengan style begini suasana majlis dapat dirakam secara menyeluruh kerana shots secara candid banyak digunakan. Hasilnya banyak shots seperti luahan kegembiraan, kesedihan, keriangan dapat dirakamkan. Walau bagaimanapun, style lama (secara posing) tidak dilupakan secara total, cuma digabungkan dengan style fotojurnalism. Apabila hasilnya ditatap didalam album, banyak yang boleh diceritakan daripada setiap susunan shots tersebut.
Kemudian, muncul pula style foto|grafik di mana gabungan dua style yang di atas ditambahnilaikan lagi. Foto yang dirakamkan diedit secara digital menggunakan komputer dan perisian grafik bagi menghasilkan foto yang lebih menarik. Antara perubahan yang ditambah pada foto adalah penambahan teks (caption), perubahan pada warna asal foto, penambahan efek grafik dan penyusunan foto yang lebih menarik lagi. |